
Bagaikan sirih pulang ke gagang, begitulah kata ungkapan yang sesuai buat mantan Pengerusi Isma Mesir sesi 2019-2020 dan mantan Ketua Wanita Isma Mesir sesi 2018 yang telah berjaya mengakhiri pengajiannya dalam jurusan masing-masing.
Ustaz Wan Ahmad Fathin Bin Wan Johari merupakan anak kelahiran Melaka, selama berada di Mesir terkenal dengan kecemerlangannya dari sudut akademik dan tarbiah. Beliau telah menamatkan ijazah sarjana muda dalam bidang Ulum Islamiyah Universiti Al-Azhar pada tahun 2017 dan kini merupakan calon sarjana Dirasat Ulya Ulum Islamiah, Pengkhususan Fiqh Syafie.
Manakala pasangannya, Ustazah Nur Afifah Hanani merupakan anak kelahiran johor graduan Universiti Al-Azhar dalam jurusan Syariah Islamiyah & Qanun pada tahun 2017.
Kedua pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Mereka telah berangkat pulang ke tanah air pada 8 November, jam 9.30 malam, semalam.
Seluruh aktivitis Isma Mesir mengucapkan ribuan penghargaan buat keluarga qudwah ini dan diharapkan menjadi aset dan permata ummah di Malaysia kelak.
Kepulangan keluarga murabbi ini diharap menjadi inspirasi dan qudwah buat ahli Isma Mesir dan seluruh mahasiswa di Mesir agar terus tekun dalam menulusuri perjalanan tarbiah di bumi Mesir ini.
#Bfg #IsmaMesir #JiwaKuatPimpinMasyarakat