Blog Isma Mesir

Aktiviti | Ijtima’ Am Isma Mansurah

October 29, 2022

Bermulanya fasa pembelajaran baharu untuk sesi 2022-2023 ini, Isma Syukbah Mansurah telah mengadakan perkumpulan bulanan bersama seluruh ahli Isma disana.

Program Ijtima’ Am ini diadakan bagi menanamkan kembali semangat dakwah dan akademik dikalangan ahli Isma dalam menghadapi sesi pembelajaran yang baharu setelah beberapa bulan pulang bercuti sempena musim panas yang lalu.

Di samping itu, objektif perkumpulan kali ini diadakan khusus sebagai majlis kesyukuran bagi mendoakan majlis pernikahan seorang ahli Isma Mansurah, Ust Raja Zulfadhli  Bin Raja Hisham yang bakal berlangsung pada 27 Oktober ini.

Ijtima’ Am merupakan perkumpulan bulanan bagi mengumpulkan seluruh ahli Isma mengikut syukbah masing-masing. Ia bertujuan mengeratkan hubungan ukhwah sesama ahli dengan pelbagai aktiviti dan pengisian yang menarik.

#IsmaMansurah #IsmaMesir #JiwaKuatPimpinMasyarakat

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini