بَاركَ اللَّهُ لكُما وَبارَكَ عَلَيكُما وجَمعَ بَينَكُما فِي الخَير
Ribuan tahniah diucapkan kepada Ustaz Muhammad Amirul Nizam Bin Amirullah serta pasangannya Ustazah Aliah Athirah Binti Samsudin atas kejayaan melangsungkan majlis pernikahan pada 22 Oktober 2022 bersamaan 25 Rabiul Awal 1444H.
Tepat jam 8 malam, majlis pernikahan ini disempurnakan di Rumah Kediaman pengantin perempuan, Ulu Kinta, Perak.
Semoga mahligai yang dibina dilimpahi sakinah, menjadi keluarga qudwah serta dikurniakan zuriat yang soleh solehah sebagai mujahid pewaris risalah umat.
#BaitulMuslimQudwah #IsmaMesir #JiwaKuatPimpinMasyarakat