Blog Isma Mesir

Saff Etihad Juarai Liga Futsal Hari Malaysia

September 22, 2022

Kaherah, 16 Sept 2022:- Saff Etihad FC muncul juara Liga Futsal Hari Malaysia selepas menundukkan pasukan SKB FC dengan jaringan 1-0.

Kejohanan Futsal Hari Malaysia pada kali ini disambut meriah dengan pertembungan antara enam pasukan terpilih untuk berentap menjadi Juara 2022 di Nadi Syabab.

Kemenangan liga ini berpihak kepada pasukan Saff Etihad B, diikuti pasukan SKB sebagai naib johan dan tempat ketiga dirangkul oleh pasukan gabungan Muhafazah Iskandariah dan Mansurah yang telah membawa hadiah berupa wang tunai, hamper dan medal kejohanan.

Sementara itu, pihak pengajur dalam ucapan penutupnya sedang berusaha mempersiapkan “Liga komuniti Isma Mesir”, yang membuka peluang lebih banyak lagi pasukan futsal mahasiswa di Mesir untuk bertanding dalam kejohanan itu.

Futsal Hari Malaysia 2022 yang diadakan julung kalinya oleh Isma Mesir dengan kerjasama pasukan Saff Etihad diharapkan dapat menyatukan hati antara mahasiswa di bumi Anbiya’ ini, serta menanam nilai jati diri dan semangat kemerdekaan tanah air bersempena Sambutan Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun.

#IsmaMesir #HariMalaysia #JiwaKuatPimpinMasyarakat

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini