Istad Mansurah, 10 Disember – “Tarbiah kita menekankan semua aspek; keilmuan, ibadah, akhlak, dakwah, negara, dan termasuklah sukan, inilah apa yang difahami melalui konsep kesyumulan Islam” itulah tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ust Nushirwan dalam ijtima am kali ini.
Beliau juga mengingatkan ahli agar menjadikan fasa ‘study week’ sebagai bulan Ramadan, agar kita lebih banyak beramal dan mendekatkan diri kepada Allah.
Perkumpulan bulanan Isma Mansurah ini diadakan di Istad Mansurah dan diisi dengan sukan badminton.
Dengan bertemakan kesukanan, ia bertujuan untuk mengukuhkan kembali hubungan silaturahim dikalangan ahli, disamping mengingatkan ahli supaya lebih fokus dengan persediaan peperiksaan yang bakal berlansung bulan hadapan.
KAHERAH, 5 September 2026 – ISMA Mesir telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra bersama tiga orang pimpinan ISMA dari Malaysia bertempat di Dewan Daha, Hayyu Asyir, pada awal September yang lepas.…
Kaherah, 11 Ogos – Setelah selesai hampir lima tahun pengajian Kuliah Ulum Islamiah di Universiti Al-Azhar, Ustaz Ahmad Solahuddeen bin Mohd Asri kini berangkat pulang ke tanah air bagi meneruskan…
Tanpa syak lagi, ilmu merupakan asas penting dalam kehidupan seorang muslim. Dengannya, seseorang dapat mengenali jalan yang benar serta mengetahui bagaimana sesuatu amalan itu dilaksanakan bertepatan dengan tuntutan syariat. Cukuplah…