
Kaherah, 14 Jamadilakhir 1440H, Selasa – Sebuah insiden letupan telah berlaku malam semalam di sekitar Masjid Al-Azhar.Insiden tersebut melibatkan beberapa anggota pegawai polis dan seorang warga Thailand.
Akibat daripada letupan malam semalam, 2 orang anggota polis terbunuh dan 3 pegawai yang lain serta seorang warga Thailand cedera.
Oleh yang sedemikian seluruh mahasiwa dan mahisiswi di sekitar perlembahan nil khususnya yang berada di sekitar masjid Al-Azhar mohon cakna dengan keadaan sekeliling.Dan diingatkan agar tidak berdekatan dengan kawasan-kawasan “panas” ataupun “Red-Line”.
Tidak lupa, diingatkan juga agar tidak keluar dan berkeliaran tanpa membawa dokumen penting seperti pasport dan kad pelajar seperti mana tatacara keselamatan yang diberi oleh pihak EME.