

Allah s.w.t berfirman :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن ذَكَرٍۢ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَٰكُمْ شُعُوبًۭا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌۭ
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
Surah al-Hujuraat: 13
Berdasarkan firman diatas ramai dalam kalangan wanita yang menyalah gunakan dengan perpendapat bahawa pergaulan antara wanita dan lelaki ajnabi adalah harus. Namun begitu, mengikut firman Allah yang berbunyi:
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنٰى إِنَّهٗ كَانَ فَاحِشَةًۗ وَسَاءَ سَبِيْلًا
“Dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk” (Surah al-Israa’: 32).
Surah Al-Israa’ : 32
Ini jelas bahawa hukum asal dalam bergaul antara lelaki dan wanita ajnabi adalah haram. Namun demikian, pengharaman ini tidak didasarkan kepada dalil yang sorih kerana tiada dalil mengenai kes ini. Pengharaman ini hanya diasaskan kepada hukum lain yang mana dalam hukum tersebut terdapat unsur-unsur pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi seperti hukum pengharaman zina yang berlaku disebabkan dari kebebasan dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Ada pandangan yang diberikan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi di dalam Fatawa Muasirah, Jilid 2 menyebutkan :
“Pada prinsipnya, perhubungan di antara lelaki dan wanita tidaklah ditolak secara total, malahan dibolehkan selagi mana ia bermatlamatkan kebaikan dan atas perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Dan wajib patuhi kehendak dan ajaran Islam serta prihatin tentang akhlak dan adab”.
Dr Yusuf Al-Qardhawi
Namun, ada beberapa situasi tertentu hukum itu berubah menjadi harus. Ia dapat dilihat melalui beberapa situasi seperti darurat, hajat (keperluan), maslahah dan kebiasaan adat setempat. Antaranya:
Penjelasan al-Nawawi menyakinkan bahwa pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi dikategorikan sebagai darurat atas tujuan memberikan perlindungan dan menyelamatkan perempuan daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain. Hukum ini adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram.
Pergaulan antara lelaki dan perempuan untuk tujuan-tujuan seperti jual beli dan aktiviti transaksi lain dibolehkan kerana tabiat urusan jenis ini memerlukan berlaku interaksi di antara dua pihak sebelum berlaku akad. Pergaulan ini dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas Syarak seperti pakaian menutup aurat, menundukkan pandangan dan percakapan biasa.
Pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa bekerjaSemasa melaksanakan kerja, pada kebiasaannya berlaku pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Pergaulan ini dibolehkan dengan syarat kedua-dua pihak menjaga batas-batas Syarak seperti berpakaian menutup aurat, menundukkan pandangan, percakapan biasa yang tidak mengandungi unsur-unsur fitnah dan tidak berkhalwat. Khalifah `Umar al-Khattab pernah melantik al-Syafi, seorang perempuan sebagai pegawai penguatkuasa di pasar untuk memerhati supaya tidak berlaku penyelewengan. Tabiat penguatkuasa di pasar menuntut pegawai terbabit bergaul dengan peniaga dan pembeli dipasar, lelaki dan perempuan. Perlantikan perempuan bekerja sebgai penguatkuasa menunjukkan pergaulan semasa kerja dibolehkan. Kalau pergaulan ini tidak dibolehkan pasti khalifah `Umar tidak melantik perempuan bekerja sebagai penguatkuasa kerana tabiat kerja tersebut menuntut berlakunya pergaulan.
Pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa menjadi saksiPerempuan boleh bergaul dengan lelaki semasa menjadi saksi dalam kes-kes yang ditentukan oleh Syarak bahawa perempuan dibolehkan menjadi saksi seperti perempuan harus menjadi saksi dalam kes-kes harta dan hak-haknya.
Pergaulan di antara lelaki dan perempuan dalam kenderaan awamDi samping syarat-syarat di atas, batas-batas Syarak dalam pergaulan lelaki dan perempuan perlulah dijaga. Pakaian mestilah menutup aurat, pandangan ditundukkan dan percakapan berlaku secara biasa dan normal.
Pergaulan Mengikut Kebiasaan Adat Dalam Majlis-majlis
Pergaulan di antara lelaki dan perempuan dalam majlis seperti kenduri-kendara kerana sempena sesuatu dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas Syarak seperti pakaian menutup aurat, tidak tabarruj, menundukkan pandangan, bercakap dengan suara biasa dan normal. Sekiranya batas-batas Syarak tersebut tidak dipatuhi pergaulan di antara lelaki dan perempuan, maka ia tidak dibolehkan. Walaubagaimanapun, pengasingan tempat antara lelaki dan perempuan semasa makan dan lainnya dalam majlis-majlis ini adalah lebih baik. Ini didasarkan kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah” (menutup pintu-pintu fitnah).
Kesimpulannya, perempuan ibarat permata yang berharga. Maruah dirinya tidak boleh dijual beli. Janganlah disebabkan terpengaruh dengan budaya barat kita wanita Islam sanggup menggadaikan maruah diri. Tegakkanlah Islam dalam dirimu nescaya akan tertegak Islam disekelilingmu. Sungguh muliamu wanita kerana Islam.
Graduan Universiti Al-Azhar