
KAHERAH, 11 September – Sepasang pengantin aktivis Isma Mesir ini telah selamat diijab kabulkan pada 9 September lalu dengan sekali lafaz.
Madeeha Syaheedah Hishamuddin pelajar tahun 6 Cairo Universiti ini merupakan Timbalan Ketua Biro Dakwah Isma Mesir telah selamat bergelar isteri kepada Ahmad Nawfal Bin Mohd Fathel.
Kedua-dua mempelai ini merupakan Mantan mt Isma Mesir bagi Syukbah Madinat Nasr dan Sabiek.
Majlis dirai di rumah pengantin perempuan di Tangkak, Johor yang bermula pada jam 12 tengahari dan dihadiri oleh saudara mara dan sahabat handai dari pelbagai negeri.
Isma Mesir mengucapkan selamat pengantin baru dan mendoakan semoga rumah tangga yang dibina diberkati Allah dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.


