Blog Isma Mesir

Gempa bumi 4.2 skala ritcher mengejutkan bumi Mesir

January 26, 2017

shutterstock-richter-scale-earthquake-1

SEMASA | Madinat Nasr, 25 Jan – Rakyat Mesir dikejutkan dengan gempa bumi kuat dengan bacaan 4.2 pada skala ritcher. Gempa tersebut diberitakan dengan kedalaman 12 kilometer , serta berpusat 80 kilometer dari Timur-Utara ibu kota Mesir, Kaherah.

Gempa yang berlaku sekitar pukul 9.15pm itu dilaporkan berlanjutan selama 10 saat sebelum gegarannya terhenti. Ramai dari kalangan pelajar Malaysia di sini merasakan gegaran ini, khususnya yang tinggal di tingkat tinggi.

“Saya perasan skrin komputer saya bergerak, saya sangka ianya hanya perasaan saya. Tetapi ketika bertanya rakan serumah dan yang menetap di kawasan berbeza, ternyata mereka turut merasai gegaran,” ulas saudara Nawfal Fathel. Namun, ada juga sebilangan rakannya yang tidak merasai gegaran, katanya lagi ketika ditanya pihak Isma-Mesir

Beberapa negeri di Mesir turut merasa gegarannya, sehingga ke sempadan Gaza dan kawasan Palestin yang terjajah.

Setakat ini tiada sebarang mangsa dilaporkan. Oleh itu, para mahasiswa hendaklah mengambil cakna dan tindakan berhati-hati.

Sumber: شبكة رصد

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini

MUIS Mesir Anjurkan Kelas Pengajian Fiqh Syafie

MUIS Mesir Anjurkan Kelas Pengajian Fiqh Syafie

Tanpa syak lagi, ilmu merupakan asas penting dalam kehidupan seorang muslim. Dengannya, seseorang dapat mengenali jalan yang benar serta mengetahui bagaimana sesuatu amalan itu dilaksanakan bertepatan dengan tuntutan syariat. Cukuplah…
Baca Lagi