Blog Isma Mesir

Siswi Mumtaz ini peroleh anugerah dari Kuwait berbekalkan hafalan Al-Quran

November 24, 2016

Processed with VSCO with g1 preset
MADINAT NASR, 23 November – Seorang siswi dari Isma Mesir, Sakinah Binti Abdul Samad telah diraikan oleh negara Kuwait dalam satu majlis anugerah kecemerlangan pelajar-pelajar anjuran Kuwait Office for Charity Projects berikutan kejayaan cemerlang dalam akademik pada tahun 2015/2016.

Beliau yang mendapat pangkat Mumtaz dalam peperiksaan akhir tahun pada sesi lepas merupakan antara 30 orang pelajar yang terpilih untuk menerima anugerah ini. Saudari Sakinah merupakan pelajar tahun 4 Kuliah Ulum Islamiah Universiti Al-Azhar, Kaherah. Wartawan Isma Mesir sempat menemu bual beliau untuk bertanya tips kejayaannya.

Wartawan: Apakah kunci kejayaan saudari sehingga berjaya mendapat mumtaz?

Saudari Sakinah: Bagi saya kunci kejayaannya adalah melazimi hafalan Al-Quran. Ini kerana semakin banyak kita menghafal Al-Quran, semakin cepat minda untuk terima ilmu lain.

Selain itu, saya sentiasa melazimi kelas di Universiti Al-Azhar. Di kelas saya akan menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran dan akan memastikan saya berinteraksi dengan guru yang mengajar. Kemudian, apabila pulang ke rumah saya akan terus membuat nota ringkas tentang subjek yang dipelajari itu.

Perkara yang penting dalam menuntut ilmu ialah sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dan minta restu serta doa daripada ibu ayah.

Wartawan: Terima kasih di atas perkongsian tips ini. Tahniah kerana berjaya mendapat kejayaan yang cemerlang.
Semoga terus maju jaya.

Majlis ini diadakan di Azhar Conference Center (ACC) bermula pada pukul 11 pagi sehingga 2 petang.

photo_2016-11-24_15-33-11

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini