Blog Isma Mesir

Ekspedisi Tarbawi 2016: Mahasiswa dan mahasiswi menikmati alam bersama Isma Mesir

November 4, 2016

photo_2016-11-04_13-57-36

Madinat Nasr, 4 November – Menjelang musim sejuk yang semakin menghampiri mahasiswa dan mahasiswi di perlembahan Nil, Isma Mesir telah mengadakan program Ekspedisi Tarbawi ke Sinai dan Dahab pada 28-30hb Oktober lepas yang merupakan tempat bersejarah dan perlancongan yang masyhur di Mesir. Program ini dibuka penyertaannya kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi seluruh Mesir, samada ahli Isma atau bukan ahli dan berjaya mendapat penyertaan melebihi 200 orang dengan menaiki empat buah bas. Peserta telah disajikan dengan program berbentuk santai dan beberapa permainan seperti Snorkeling, menaiki ATV, mendaki Jabal Musa, dan sebagainya.

Menurut pengarah program, Ustaz Muhammad Azzam Anwar, beliau menyatakan harapan agar ikatan ukhuwah yang terbina dalam program ini dapat diteruskan selepas selesai program kerana nilai seorang mukmin itu ialah pada persaudaraan sesama Islam.

Ekspedisi kali ini diserikan lagi dengan penyertaan Pengerusi ISMA Mesir, Ustaz Umar Farouq Bin Morhalim dan telah menyampaikan ucapan penutup dengan menekankan kepada peserta bahawa berjalan melihat keindahan alam adalah satu suruhan Allah terhadap hambanya yang telah direkodkan beberapa kali dalam Al-Qur’an.

“Tuntutan Allah terhadap kita bukan sahaja sekadar menghayati keindahan alam, tetapi untuk melihat dan mengambil pengajaran bagaimana umat-umat terdahulu yang hebat telah dimusnahkan oleh Allah akibat kekufuran mereka,” ujar beliau.

Peserta program menetap selama 3 hari 2 malam dengan menghabiskan masa berseronok dan bergembira mengikat ukhuwah antara mereka, saling kenal-mengenali serta menikmati keindahan pantai Dahab Blue Hole yang tiada tolok bandingnya dan Gunung Sinai yang terkenal dengan sejarah Nabi Musa yang menerima wahyu dari Allah secara berdepan dan beroleh kitab Taurat.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini