
MADINAH NASR, 27 Oktober – Barisan pelapis ulama’ Isma Mesir berjaya dilahirkan bersempena Konvokesyen Graduan Malaysia Kali Ke-10 bertempat di Dewan Al Imam Muhammad Abduh, Universiti Al-Azhar, Kaherah pada hari ini.
Menurut Pengerusi Majlis Ulama Isma Mesir, Ustaz Muhammad Iqwan Bin Ahmad Zaidi, barisan graduan aktivis Isma Mesir dari pelbagai bidang seperti Syariah Islamiah, Usuluddin dan sebagainya siap sedia menerajui dan memimpin masyarakat di tanah air.
“Graduan Al-Azhar Mesir sejak dari dahulu telah menyumbang yang terbaik dalam usaha-usaha kebangkitan Islam di tanah air. Graduan Isma Mesir juga turut bersama dalam arus ini dan mereka telah membuktikan kompetensi mereka dalam bidang-bidang yang diceburi seperti bidang Perbankan Islam, Ekonomi Islam, Industri Halal, Jabatan Mufti, Jabatan Agama dan sebagainya. Majlis Ulama Isma Mesir konsisten dalam melahirkan barisan ulama yang mahir dan pakar dalam bidang masing-masing termasuk graduan pengajian Islam Al-Azhar kali ini,” kata beliau.
Seramai 14 graduan lelaki aktivis Isma Mesir turut mengambil anugerah graduan di majlis konvokesyen tersebut yang bermula pada jam 8 pagi dan berakhir jam 12.30 petang.
Berikut adalah senarai graduan lelaki aktivis Isma Mesir:
Mohd Qutaibah Bin Ismail
Syariah Islamiah
Muhammad Iqwan Bin Ahmad Zaidi
Syariah Islamiah
Ahmad Qatadah Bin Ismail
Syariah Islamiah
Wan Ahmad Izzat Bin Wan Ahmad Sanadi
Syariah Islamiah
Mohd Zulfariq Bin Ridzuan
Syariah Islamiah
Mohamad Fadhil Bin Yahya
Syariah Islamiah
Siddiq Bin Mohd Amin
Syariah Islamiah
Ahmad Nawfal Bin Mohamad Fathel
Syariah Islamiah
Ahmad Solehhuddeen Bin Ismail
Syariah Islamiah
Ahmad Farhan Bin Selamat
Usuluddin Jabatan Tafsir & Ulum Quran
Ahmad Najmi Bin Bharuddin
Usuluddin Jabatan Tafsir & Ulum Quran
Ismail Bin Muhammad Juffri
Usuluddin Jabatan Tafsir & Ulum Quran
Ahmad Naim Bin Mohd Rais
Usuluddin Jabatan Tafsir & Ulum Quran
Amar Ismat Bin Mohd Nasir
Usuluddin Jabatan Akidah Dan Falsafah
