
ISKANDARIAH, 28 September – “Memang kita tahu jadual kuliah pergigian sangat padat, tapi kita masih boleh menyusun masa untuk mendapat nilai tambah yang lain seperti kepentingan tarbiah, sukan dan lain-lain. Kita bukan hanya mengejar segulung ijazah.” kata saudara Umar Izzuddin, pelajar tahun tiga pergigian Universiti Iskandariah juga selaku ahli panel Talk Pre-Fydo’s Life yang dibawakan khas oleh Isma Mesir syukbah Iskandariah.
Program ni sedikit sebanyak memberi gambaran dan pendedahan awal kepada mahasiswa baru terhadap sistem universiti dan realiti kehidupan sebagai mahasiswa di Mesir. “Kita kena hadir ke kelas, kerana kita boleh mengetahui mana isi yang penting, tak berapa penting dan langsung tak penting yang ada dalam buku” ujar panel kedua saudara Zai Asyraf, pelajar tahun kedua pergigian Universiti Iskandariah.
Forum yang bertempat di Darul Hamasah ini bermula jam 7.30 malam dan berakhir pada jam 9 malam.