Blog Isma Mesir

“Mahasiswa perlu matang dan buang sifat budak sekolah” – Ustaz Siddiq Amin

September 25, 2016

14424801_1776733899211610_6434827580472557414_o

HAYYU SABIE’, 24 September – Puluhan mahasiswa Mesir membanjiri program Sembang Santai yang dianjurkan oleh Isma Hayyu Sabie’ yang merupakan sebuah program khusus untuk pelajar Malaysia di Mesir bagi membangkitkan semangat dan harapan di hati-hati mahasiswa Mesir bahawasanya mereka adalah harapan Malaysia suatu masa hadapan.

Antara perkara yang ditekankan oleh Ustaz Siddiq Amin selaku Exco Pengkaderan Isma Mesir juga merupakan panel program ini adalah kebangkitan memerlukan kepada satu susuk tubuh yang berjiwa besar dan solid dari seluruh aspek ruhani dan juga jasmani. Selain itu, beliau juga menegaskan kepada mahasiswa dengan menjadi matang serta membuang sifat budak sekolah. Beliau menyimpulkan bahawa masa mahasiswa di Mesir khususnya perlu dijaga dan memanfaatkannya.

Program diakhiri dengan mahasiswa mendengar persembahan nasyid dari kumpulan Naseh dan makan bersama-sama dan menikmati nasi lemak ayam.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini