

MADINAH NASR, 17 September – Antara maqasid dari ibadah korban adalah untuk memberi kegembiraan kepada faqir miskin dengan menyedekahkan sebahagian daging korban kepada mereka. Isma Mesir menyahut seruan ini dan telah mengagihkan daging korban Aidiladha kepada faqir miskin penduduk tempatan di sekitar Madinah Nasr, Kaherah.
Menurut penasihat korban Isma Mesir, Ustaz Habib Bin Abdul Fisol, setiap tahun Isma Mesir komited mengagihkan daging korban kepada faqir miskin bahkan Isma Mesir turut melaksanakan amal kebajikan kepada rakyat tempatan dalam bentuk yang pelbagai seperti aktiviti bersama rumah anak yatim di bawah agensi I-Medik Mesir dan sebagainya.
Isma Mesir merupakan sebuah persatuan pelajar yang juga turut mengutamakan aspek kebajikan pelajar dan masyarakat di dalam pelbagai sudut termasuk pelajaran, kemasyarakatan, aktivisma, sukarelawan dan sebagainya.