
MADINAH NASR, 16 Ogos – “Barang siapa yang tidak mengambil tahu perihal orang Islam, maka dia bukan dari kalanganku ” kata Ustazah Maryam Mohd Din dalam siri kelas tafaqquh bertajuk ‘Hukum Pokemon Go dari Sudut Syarak’ pada hari Isnin lalu.
Isu Pokemon Go menjadi viral di Malaysia kerana masyarakat terpengaruh dengan permainan alam maya ini. Aplikasi permainan ini amat mudah untuk dimuat turun oleh semua lapisan masyarakat sehingga anak kecil berumur 8 tahun.
Ustazah Maryam menambah lagi, permainan ini telah banyak mendatangkan kemudaratan kepada manusia sehingga mengakibatkan kemalangan jalan raya. Pemain terlalu asyik mengejar imej di alam maya tanpa mementingkan keselamatan.
Tokoh ulama dunia, Dr. Sheikh Yusuf Qardawi juga telah mengeluarkan fatwa mengharamkan penggunaan aplikasi permainan ini. Manakala ulama dari Universiti Azhar berkata, ia memberi kesan ketagihan kepada pemain seperti ketagihan meminum arak.
Kelas tafaqquh ini bermula pada jam 4.30 dan berakhir pada jam 6 petang.