Blog Isma Mesir

“Move on lah wahai asatizah Mesir” – Pemerhati mahasiswa

July 25, 2016

biskreem

Madinah Nasr, 24 Julai – Kehadiran aktivis Isma Mesir semasa hari peperiksaan Imtihan Qabul di Universiti Al-Azhar pada 20 Julai telah menimbulkan polemik di kalangan mahasiswa Mesir hanya disebabkan edaran biskut Biskreem dan penanda buku Isma Mesir pada pelajar yang mengambil peperiksaan Imtihan Qabul. Memetik luahan seorang mahasiswa perubatan tahun enam Universiti Al-Azhar, Nuaim Bin Mohd Nasir di laman sosial Facebook beliau;

“Dosa terbesar ahli Isma di sini, ana kira, hanyalah kerana membawa pelajar, mengadakan kelas persediaan ke IQ (Imtihan Qabul) serta mengajak mereka, dan memberi biskut Biskreem dan penanda buku percuma. Dan semua ini hanya untuk satu tujuan yang positif.

“Alhamdulillah lah kalau begitu. Come on. Move on lah wahai asatizah Mesir.

Dalam pada itu, beliau juga agak terkilan dengan mereka yang merendah-rendahkan di bawah tahap tidak sepatutnya yang menunjukkan gambaran seperti mahasiswa yang tidak cerdik dan tidak bagus.

“Harga ia tidak semahal mana, kita akui. Tetapi jika sehingga merendah-rendahkan dibawah tahap yang tidak sepatutnya, maka ia bukanlah ciri mahasiswa yang cerdik dan bagus sebenarnya.

“Yang dinilai Tuhan adalah usaha. Kisah burung yang berusaha padam api di zaman Nabi Ibrahim sepatutnya menjadi pengajaran terbaik buat kita. Sebab haiwan pun usaha.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini

MUIS Mesir Anjurkan Kelas Pengajian Fiqh Syafie

MUIS Mesir Anjurkan Kelas Pengajian Fiqh Syafie

Tanpa syak lagi, ilmu merupakan asas penting dalam kehidupan seorang muslim. Dengannya, seseorang dapat mengenali jalan yang benar serta mengetahui bagaimana sesuatu amalan itu dilaksanakan bertepatan dengan tuntutan syariat. Cukuplah…
Baca Lagi