Blog Isma Mesir

Langkah kanan bakal Azhari bersama Isma Mesir

July 20, 2016

qobul2

Madinah Nasr, 20 Julai – Isma Mesir sebagai persatuan pelajar yang menekankan kecemerlangan akademik hadir menyantuni mahasiswa dan mahasiswi yang akan menjawab peperiksaan Imtihan Qobul di Universiti Al-Azhar hari ini. Mahasiswa dan mahasiswi dibekalkan biskut dan penanda buku khas sebagai motivasi untuk menghadapi peperiksaan yang akan berlangsung.

“Mahasiswa di sini nampaknya sungguh bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang penting ini dengan persiapan yang rapi. Kami Isma Mesir turut bersama memberikan kata semangat kepada mereka untuk berjaya dalam peperiksaan Imtihan Qobul ini” ujar Ustaz Syed Muhammad Firdaus selaku ketua Biro Dakwah Isma Madinah Nasr yang turut bersama menghantar sebilangan mahasiswa ke dewan peperiksaan.

Tidak kurang dari 1000 mahasiswa dan mahasiswi Mesir hadir untuk menjawab peperiksaan Imtihan Qobul ini atau dikenali sebagai peperiksaan kelayakan sebelum memasuki Universiti Al-Azhar, Mesir. Peperiksaan Imtihan Qobul ini berlangsung di Dewan Syeikh Hassan Zayed di Universiti Al-Azhar, Kaherah.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini

Kalam Pengerusi Mahasiswa Unggul, Memimpin Ummah

Kalam Pengerusi Mahasiswa Unggul, Memimpin Ummah

Mahasiswa unggul bukan sekadar penuntut ilmu, bahkan merupakan pemegang amanah untuk menghidupkan syiar Islam di setiap tempat yang dijejaki. Keunggulan seorang mahasiswa tidak diukur pada pencapaian akademik semata-mata, tetapi turut…
Baca Lagi