Blog Isma Mesir

Isma Mesir amal sunnah iktikaf

July 2, 2016

photo_2016-07-02_18-06-46
MADINAH NASR, 1 Julai – Selari dengan seruan Rasulullah S.A.W agar beriktikaf di sepuluh akhir Ramadhan, ISMA Mesir telah menganjurkan sebuah program Kem Utaqa yang mengumpulkan seluruh ahli ISMA Mesir di rantau bumi Mesir bersama-sama beriktikaf dan memberi sepenuh tumpuan pada ibadah di sepuluh akhir Ramadhan kali ini.

“Hakikat tarbiyah dan ibadah adalah pada hati dan perasaan. Itulah jambatan antara seorang hamba dan Rabbnya. Setiap orang beramal dalam Ramadhan dengan amal dirinya sendiri maka jadikanlah Ash-Shidqu (kejujuran) dalam amal kita supaya dapat mencapai kadar taqwa yang Allah mahukan” ujar Ustaz Abdur Rahman Raji selaku Setiausaha Isma Mesir dalam ucapan penutup beliau.

Kem yang berlangsung selama tujuh hari serentak di Madinah Nasr, Iskandariah dan Hayyu Sabie ini bertujuan untuk mendidik ahli dalam ketaqwaan juga menjadi medium lonjakan amal di sepuluh akhir Ramadhan. Penyertaan dari segenap muhafazah mengeratkan lagi hubungan dan ukhuwah sesama ahli Isma Mesir.

photo_2016-07-02_18-06-34
photo_2016-07-02_18-06-29

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini