Blog Isma Mesir

Mahasiswi berstatus ibu didik anak cara Islam

December 20, 2015

Mahasiswi berstatus ibu didik anak cara Islam

ABASIYYAH, 20 Disember – “Anak-anak merupakan amanah daripada Allah, maka kita yang bertanggungjawab dalam membentuk mereka menjadi soleh bukan hanya pada diri sendiri tetapi juga pada masyarakat”, begitulah kata-kata yang diucapkan oleh Dr Raja Atiqah Binti Ab Rahman dalam program Usrah Umum Wanita semalam.

Perkongsian ‘Tarbiyatul Awlad’ yang diadakan buat julung kalinya oleh ISMA Mesir syukbah Abbasiah-Sayeda Zainab ini mengupas tajuk pendidikan anak yang diambil daripada rujukan buku Seni Mendidik Anak tulisan Dr Muhammad Said Morsi.

Dengan menampilkan Dr Raja Atiqah, graduan Universiti Kaherah, di Fakulti Perubatan sebagai pembentang, program ini berobjektif untuk mendidik para ibu dan bakal ibu, walaupun masih berstatus mahasiswi, dalam membentuk generasi yang diharapkan oleh umat Islam.

“Perkara penting dalam mendidik anak ialah pembentukan diri sendiri dahulu sebelum melahirkan anak. Bagaimana kita membentuk diri kita dalam cara Islam, sebegitu juga anak kita akan mengikuti kita”, jelas Dr Raja Atiqah dalam pembentangannya.

Program berkala ini bertempat di Beyt Rufaidah dan bermula dari jam 6.30 malam dan berakhir pada jam 8.30 malam.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini