
ISKANDARIAH,5 September – Sekalung tahniah diucapkan kepada dua aktivis Isma Iskandariah,Syazwani Zulkafli dan Ain Syafiqah Mohd Zaid yang telah berjaya menamatkan pengajian bidang farmasi selama 5 tahun di Universiti Iskandariah pada majlis konvokesyen semalam.
Mereka berdua merupakan pelajar Malaysia tunggal dalam batch pengajian farmasi bersama pelajar Arab yang lain.Konvokesyen yang diadakan di dewan Bibliotheca diserikan dengan ucapan dari saudari Ain Syafiqah sebagai ucapan wakil Malaysia.
Isma Mesir mengharapkan dengan kejayaan yang diraih dapat menyumbangkan kepada masyarakat di Malaysia kelak dan menjadi doktor farmasi untuk ummah.