Blog Isma Mesir

Kegembiraan Di Penghujung Syawal

August 13, 2015

aisyah

Madinah Nasr,13 Ogos – Sekalung tahniah buat pasangan Ustaz Ahmad Jihad bin Abdul Halim dan Ustazah Aishah Kamilia Hani binti Rosli atas kelahiran puteri sulung mereka seberat 2.5kg  di Hospital Damerdash,Universiti Ain Shams,Abbasiyah sekitar jam 8.58 malam.

Bayi kepada pasangan aktivis Isma Mesir ini selamat dilahirkan pada 11 Ogos bersamaan 26 Syawal 1436H.Seluruh warga Isma Mesir bersyukur dengan kelahiran bayi ini dan turut mendoakannya.

Semoga kelahiran mujahidah kecil ini menjadi pewaris perjuangan Islam pada masa akan datang.

 

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini