Blog Isma Mesir

Ahli Isma Tanta antara Pelajar Terbaik Keseluruhan

August 1, 2015

akwt tanta

 

 

1 Ogos,Tanta -Dua aktivis Isma Mesir syukbah Tanta telah berjaya menamatkan jurusan mereka dalam bidang pergigian baru-baru ini.

Mereka adalah Norhafizah Noorizani dan Aina Nadia Ahmad Nadzri telah berjaya meraih keputusan Jayyid Jiddan dalam keseluruhan tahun pengajian mereka di Universiti Tanta.Salah seorang dari mereka ,Norhafizah telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik lima teratas daripada 38 graduan Malaysia keseluruhannya dalam Majlis Konvokesyen Graduasi Pergigian yang diadakan selasa lepas.

“Graduasi bukanlah pengakhiran pembelajaran ,tetapi ianya suatu permulaan untuk sebuah kehidupan”

ulas Naib Presiden Universiti Tanta,Prof Dr Hoda Mohamad Amin dalam pembukaan majlis.Turut hadir ke majlis ialah barisan tenaga pengajar universiti,wakil EME iaitu En Muhammad Imran Ibrahim dan juga wakil JPA iaitu En Khairi Abdullah.

Majlis yang julung-julung kali diadakan buat graduasi pergigian Malaysia ini diadakan di Dewan  Muktamarat,Universiti Tanta.Program bermula pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 tengahari.

 

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini