Blog Isma Mesir

Ketibaan Harapan Ummah

July 31, 2015

mumtazKaherah, 21 Julai – Seramai 20 orang peserta MUMTAZ telah selamat tiba di lapangan terbang antarabangsa Kaherah.

Peserta terdiri dari 13 orang lelaki dan 7 orang wanita akan menghadapi peperiksaan imtihan qobul Al-Azhar yang dijadualkan pada 27/7/2015 bersamaan dengan hari Isnin.

Ketibaan mereka di lapangan terbang telah disambut oleh Pengerusi ISMA Mesir, Ustaz Umar Farouk bin Morhalim, Setiausaha Agung ISMA Mesir, Ustaz Syed Salahuddin bin Syed Ayob, Timbalan Ketua Wanita ISMA, Ustazah Wafa’ binti Abdul Halim, Majlis Tertinggi Syukbah ISMA dan para ahli jawatan kuasa MUMTAZ di Mesir.

Harapan ISMA Mesir agar kehadiran mereka ini bakal melahirkan lebih ramai lagi pelapis ulama faqih ulum syara’ yang mampu memimpin dunia dimasa hadapan bahkan dapat menambahkan kekuatan buat ummah.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini