Blog Isma Mesir

Anak jati Perak Raih Jayyid Jiddan

August 3, 2015

syed firdaus29 Julai, KAHERAH : Meskipun terlibat secara aktif dalam aktivisme dan berpersatuan, perkara itu tidak menghalang anak jati Perak, Syed Muhammad Firdaus bin Syed Ayob daripada meraih kecemerlangan dalam peperiksaan. Beliau yang mengambil jurusan Syariah Islamiyyah di Univerisiti Al-Azhar Kaherah adalah salah seorang di antara lima aktivis ISMA Mesir yang berjaya mencapai darjat kecemerlangan Jayyid Jiddan dalam peperiksaan tahun satu yang lepas.

Beliau yang juga salah seorang daripada Majlis Tertinggi ISMA-Mesir syukbah Madinah Nasr menceritakan tentang faktor kejayaannya, beliau merasakan tiada yang istimewa di sebalik kejayaannya berbanding cara belajar mahasiswa yang lain kecuali suasana sekelilingnya yang sentiasa didekati oleh sahabat-sahabat yang berjaya membantu memberikan semangat dan nasihat serta mampu mendekatkan dirinya kepada Allah.

“ Jayyid, jayyid jiddan atau mumtaz hanyalah seketul tulisan atas kertas,ia tak bermakna jika kita tak dapat menawarkan risalah pada ummat yang sedang tenat”, begitulah respon yang diberikan ketika diminta memberikan sedikit nasihat kepada mahasiswa yang berada di bumi Mesir.

Selain aktivis ISMA Mesir, beliau juga merupakan ahli kumpulan nasyid ISMA Mesir, Naseh dan Ketua Biro Dakwah ISMA Mesir syukbah Madinat Nasr.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini