Blog Isma Mesir

Aktivis ISMA Mesir raih Mumtaz

July 11, 2015

 

KAHERAH, 11 Julai – Aktivis ISMA Mesir syukbah Madinah Nasr, Muhammad Soleh Bin Nor Hashim telah berjaya meraih pangkat keseluruhan Mumtaz dalam peperiksaan akhir semester bagi sesi pengajian 2014/2015 Universiti Al-Azhar baru-baru ini. Beliau yang menuntut di fakulti Ulum Islamiah  merupakan satu-satunya penuntut tahun pertama  di fakulti tersebut yang berjaya meraih pangkat keseluruhan Mumtaz (amat cemerlang).

 

“Alhamdulilah, bersyukur kepada Allah di atas kejayaan ini, tetapi walaupun saya rasa gembira dan bangga atas pencapaian tersebut, perasaan gembira saya turut bercampur perasaan sedih kerana saya tidak ditemani rakan-rakan lain untuk mendapat Mumtaz bersama-sama”, ujar beliau semasa dihubungi oleh wartawan ISMA Mesir. “Alangkah seronoknya andai kami semua mendapat Mumtaz”, tambah beliau.

 

Muhammad Soleh juga dikenali antara rakan sebaya sebagai seorang insan yang yang gigih berusaha dan suka tolong menolong terutamanya dalam perihal akademik.

 

“Ingat, sesibuk mana pun kita berpersatuan, bersiar-siar, dan melakukan aktiviti lain, jangan lupa tugas kita sebagai seorang mahasiswa, sepatutnya kita wajib mengambil peluang keberadaan kita di Mesir dengan sebaiknya”, kata beliau lagi semasa ditanya tentang nasihat beliau kepada mahasiswa dan mahasiswi yang lain dalam memastikan keseimbangan antara akademik dan aktivisma. Selain itu, beliau juga menasihatkan agar semua penuntut jurusan agama khususnya di Universiti Al-Azhar agar tidak menjadi fitnah kepada agama dan bangsa yang berpunca oleh kelalaiam dan keculasan dalam menjalani tanggungjawab sebagai pemimpin masa hadapan.

 

Muhammad Soleh juga merupakan aktivis ISMA Mesir yang giat dalam amal berpersatuan. Pada kesibukan beliau meraih kecemerlangan akademik, beliau sempat menjalani penggambaraan sebagai hos kepada sebuah rancangan dokumentari Ramadhan

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini