Blog Isma Mesir

ISMA Iskandariah anjur program tadarus Al-Quran

June 20, 2015
Ahli ISMA Iskandariah sedang bertadarus Al-Quran di Madrasah Nur Islam.

Ahli ISMA Iskandariah sedang bertadarus Al-Quran di Madrasah Nur Islam.

CAMP CAESAR, 20 Jun – Ekoran program Ihya’ Ramadhan anjuran ISMA Mesir syukbah Mansurah dan Tanta, selain menyahut seruan bagi merebut peluang keemasan untuk beramal sepanjang Ramadhan ini yang dilontarkan oleh Ustaz Umar Farouq Bin Morhalim, pengerusi ISMA Mesir dalam ucapan perutusan Ramadhannya, ISMA Mesir syukbah Iskandariah juga tidak ketinggalan untuk memeriahkan sambutan bulan penuh hikmah ini.

ISMA Iskandariah telah mengambil inisiatif mengadakan Madrasah Nur Islam sepanjang bulan Ramadhan kali ini. Madrasah tersebut mengandungi tadarus Al-Quran secara beramai-ramai dan disertakan dengan sesi tazkirah ringkas. Tadarus bermula sejurus selepas solat fardu Asar berjemah di Masjid Nur Islam dekat Camp Caesar, Iskandariah.  Tadarus jamaie adalah sebanyak satu juz setiap hari.

“Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Hakim, Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa puasa dan (rajin membaca) al-Qur’an, kelak pada hari Kiamat dapat memberikan syafaat (pertolongan) kepada hamba. Puasa kelak akan berkata: “Ya Allah, ia telah menahan dirinya dari makanan dan hawa nafsunya, maka jadikanlah saya sebagai penolongnya”.  Al-Qur’an juga kelak akan berkata: “Ya Allah, ia telah rela meluangkan waktunya untuk tidak tidur pada malam hari (karena membaca al-Qur’an), maka jadikanlah saya sebagai penolongnya (pemberi syafa’at)”. Lalu puasa dan al-Qur’an pun, berkat idzinNya, menjadi penolong bagi hamba tersebut” ulas Muhammad Suhayl Bin Musauddin, mahasiswa di Kuliah Perubatan Iskandariah, pengerusi ISMA Iskandariah.

Tambah beliau, “Atas dasar ini ISMA Mesir syukbah Iskandariah menganjurkan Madrasah Nur Islam dan dengan besar hati mempelawa semua mahasiswa di Iskandariah untuk sama-sama bertadarus di Madrasah Nur Islam bagi mencapai makna Ramadhan yang sebenar, InsyaAllah”.

Saudara Suhayl boleh dihubungi di talian +02 01146692449 untuk sebarang pertanyaan mengenai Madrasah Nur Islam.

 

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini