Blog Isma Mesir

Majlis Iftar ISMA Mansurah dapat sambutan meriah

June 19, 2015
photo_2015-06-19_17-21-57

Mahasiwa sedang menjamu selera semasa Majlis Iftor anjuran ISMA Mesir syukbah Mansurah

MANSURAH, 19 Jun – ISMA Mesir syukbah Mansurah telah mengadakan majlis berbuka puasa semalam, bagi menghidupkan suasana kemeriahan menyambut Ramadhan dalam kalangan mahasiswa Malaysia. Majlis tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Majlis ini merupakan sebahagian daripada program ‘Ihya’ Ramadhan’ yang dijalankan oleh ISMA Mesir syukbah Mansurah dan terbuka kepada semua mahasiswa di sekitar Mansurah.

Para hadirin telah disajikan dengan hidangan istimewa iaitu Nasi Mandy yang merupakan makanan popular bagi masyarakat Arab. Majlis berakhir setelah mereka selesai menunaikan solat maghrib berjemaah.

Antara aktiviti menarik lain yang terdapat dalam program ‘Ihya’ Ramadhan’ anjuran  ISMA Mesir syukbah Mansurah adalah kelas tafsir dan bahasa arab, jaulah muhafazah dan daurah ilmiah. Warga ISMA Mesir syukbah Mansurah mengharapkan dan amat menggalakkan semua mahasiswa dan mahasiswi Mlaaysia di Mansurah untuk menyertai program menarik lagi berguna yang disajikan sepanjang Ramadhan kali ini.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini