

Ahli ISMA Mesir syukbah Hayyu Sabie sedang mengedar taqwim waktu berbuka beserta bubur nasi sebagai tanda meraikan bulan Ramadhan yang tiba.
KAHERAH, 18 Jun – Sempena menyambut bulan Ramadan 1436 Hijrah, Ikatan Muslimin Malaysia Mesir (ISMA Mesir) di semua syukbah termasuk Madinah Nasr, Hayyu Sabi’, Mansurah, Tanta dan Iskandariah telah mengedarkan taqwim waktu solat, imsak dan berbuka bagi negara Mesir kepada masyarakat setempat samada di masjid, rumah, restoran dan kawasan universiti.
Ketua Biro Dakwah syukbah Madinah Nasr, Syed Muhammad Firdaus Bin Syed Ayob menyatakan bahawa objektif kafilah dakwah kali ini adalah bagi mengajak mahasisiwa dan mahasiswi Malaysia di Mesir agar mempersiapkan diri sebelum tibanya bulan Ramadhan uang penuh keberkatan di samping mencungkil bakat ahli ISMA Mesir dalam menyampaikan fikrah dakwah islami ISMA.
Hampir seluruh ahli ISMA Mesir di seluruh syukbah telah bersama bertungkus lumus menjayakan kafilah dakwah kali ini. Program ini jugak telah berjaya mengedarkan hampir 1000 helai edaran kepada mahasiswa dan mahasiswi Melayu di perlembahan Nil ini.
ISMA Mesir mengucapkan selamat menyambut dan selamat beribadah di bulan Ramadan 1436 Hijrah kepada semua mahasiswa dan mahasiswi. Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.