Blog Isma Mesir

FETYA, Awakening Records saling bertukar album

June 14, 2015
photo_2015-06-14_15-44-06

Ustaz Syed Salahuddin menghadiahkan album ‘Kesaksian’ FETYA kepada En. Samir, pengurus di Studio Awakenung Recods Kaherah.

 

 

 

KAHERAH, 14 Jun – Salah seorang vokalis FETYA, sebuah kumpulan nasyid neo-haraki yang sedang membina nama dalam industri nasyid tanah air, Ustaz Syed Salahuddin Bin Syed Ayob berkesempatan berkunjung ke studio Awakening Records cawangan Timur Tengah di Kaherah pada 11 Jun yang lalu.

 

Dalam pertemuan yang ringkas tersebut, beliau sempat bertemu dan beramah mesra bersama En. Samir, antara pengurus Awakening Records Cawangan Timur Tengah di samping bertanyakan perkembangan terbaharu syarikat tersebut.

 

“Alhamdulillah, dapat lagi FETYA bertemu dengan Awakening selepas kali terakhir bertemu ketika menjadi penyanyi latar untuk album acapella Maher Zain”, ujar FETYA sepertimana dalam laman Facebook mereka.

 

Di samping itu, FETYA juga tidak melepaskan peluang keemasan tersebut untuk menghadiahkan album terbaru mereka yang berjudul ‘Kesaksian’ yang baru sahaja dilancarkan pada bulan Mei yang lalu kepada syarikat Awakening. Pihak Awakening begitu berbesar hati menerima pemberian album tersebut dan membalas pemberian tersebut dengan menghadiahkan pula 2 buah album keluaran mereka yang berjudul ‘Esmaani’, oleh Hamza Namira dan ‘Aseer Ahsan’ oleh penyanyi muda Humood Al-Khuder.

 

“Kami tidak pernah lagi jumpa individu dalam Awakening Records yang tidak berjiwa besar dan tidak peramah. Individu hebat akan melahirkan syarikat yang hebat”, ujar FETYA lagi dalam laman sosial  Facebook milik mereka.

 

Kumpulan nasyid FETYA telah diasaskan oleh sekumpulan aktivis ISMA Mesir yang merupakan mahasiswa jurusan agama dan perubatan semasa mereka menuntut di Mesir. Kini, setelah berjaya menggarap ijazah kuliah, mereka kembali ke tanah air bagi mencurah bakti di tanah ibu pertiwi. Album sulung mereka, ‘Kesaksian’ merupakan bukti kesungguhan FETYA mendepani agenda dakwah melalui industri nasyid.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini