Blog Isma Mesir

60 Pemimpin ISMA Mesir Bersedia Memimpin Mahasiswa

May 28, 2015

IMG_20150505_160459Kaherah, 3 Mei : Seramai 60 pemimpin ISMA Mesir dari pelbagai biro dan syukbah telah berjaya dilatih melalui kursus kepimpinan selama 4 hari yang dikelola oleh wakil Biro Tarbiyyah Pusat (BTP) ISMA, Ustaz Hazizi Abd Rahman merangkap ahli Jawatan Kuasa Pusat ISMA.

Kursus yang berlansung di Pusat Tuisyen ISMA Mesir tersebut, lengkap dengan modul-modul yang menghimpunkan antara ilmu pembinaan diri berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta ilmu pembinaan diri moden yang sejajar dengan kefahaman Islam. Modul ini bertujuan untuk menyediakan lapisan kepimpinan muda yang mampu membarisi kepimpinan umat pada masa depan kelak.

“Kita lakukan (kursus) juga kerana kita percaya bahawa kunci perubahan umat terletak pada persediaan para pemuda. Pemuda yang mempunyai ciri kepimpinan dan berani lakukan perubahan”, ulas Ketua Biro Tarbiyyah ISMA Mesir, Ustaz Ahmad Farhan Bin Selamat. Beliau juga mengucapkan penghargaan yang tinggi atas kesudian Ustaz Hazizi meluangkan masa selama 8 hari bersama ahli ISMA Mesir.

Keberadaan Ustaz Hazizi di Mesir turut dimanfaatkan oleh ISMA Mesir dengan mengadakan beberapa perkongsian daurah umum, perbincangan dua hala yang banyak membantu menambah baik daya organisasi dalam struktur ISMA Mesir.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini