Blog Isma Mesir

Umpama Rusa Pulang ke Rimba

February 22, 2015

IMG_8897

Kaherah, 21 Februari : Hari ini ISMA-Mesir telah menyaksikan kepulangan sepasang permata dakwah iaitu Ustaz Qamarul Naim Mohd Faisal dan isterinya, Ustazah Khairah Abdul Halim. Pulangnya tokoh ini adalah sebagai pejuang yang bakal berjuang di medan yang sebenar. Masing-masing pulang membawa kejayaan dengan menggenggam sebuah risalah dan juga segulung ijazah.

“Jadilah benar dengan Allah”, ujar Ustaz Qamarul Naim sebelum meninggalkan bumi Mesir. Manakala, Ustazah Khairah berpesan supaya hidup biarlah banyak memberi daripada menerima.

Kepulangan mereka ini telah meniupkan lagi semangat perjuangan kepada ahli-ahli ISMA Mesir yang lain khususnya yang mengiringi mereka. Pasangan tokoh ini telah banyak mencorakkan ISMA Mesir sepanjang penubuhannya.

Semoga pada masa akan datang, lebih ramai lagi tokoh yang mengikuti jejak langkah mereka mengukir kejayaan cemerlang. Seluruh warga ISMA Mesir mendoakan agar kepulangan tokoh ini dapat memberi nafas baru untuk dakwah Islam di Malaysia.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini