
Madinat Nasr, 16 Febuari : Tanggal keramat 14 Febuari telah merakamkan mahasiswi di syukbah Madinat Nasr, Iskandariah, Mansurah dan Tanta telah berkumpul di syukbah masing-masing dan meraikan ukhuwah antara mereka dalam Ijtima’ Syahrie (perkumpulan bulanan). Perhimpunan ini merupakan aktiviti bulanan bagi mengukuhkan lagi ukhuwah dan melonjakkan keimanan setiap ahli.
” Ukhuwah kita adalah ukhuwah atas dasar keimanan yang tinggi kepada Allah, bukan atas dasar persatuan dan mengharapkan ganjaran. Bila saudara kita salah kita tegur dan bila kita salah kita berlapang dada menerima teguran”,ujar saudari Nahdiyyah Rushdan, timbalan Ketua Syukbah Madinat Nasr sewaktu ucapannya.
Demikianlah perhimpunan yang singkat ini telah membangkitkan nilai-nilai murni yang perlu bagi mahasiswi dengan nasihat yang disampaikan di setiap cawangan.
Perkara utama yang dititik beratkan adalah akhlak seorang mahasiswi di dalam rumah untuk menjamin pembentukan peribadi dan persekitaran yang baik. Di samping itu, pelbagai permainan dan aktiviti yang memantapkan ukhuwah dan memupuk kesefahaman antara ahli Isma-Mesir.
“Orang yang hidup untuk dirinya sendiri akan hidup kerdil dan mati kerdil tetapi orang yang hidup untuk orang lain akan hidup besar dan mati besar” petik saudari Diyana Fauzi, timbalan Ketua Syukbah Mansoura daripada kata- kata keramat as-syahid Syed Qutb.
Oleh itu, ISMA Mesir menyeru mahasiswa agar bersama membina ukhuwah di bawah aqidah yang satu.