Blog Isma Mesir

Muharram, Ke Mana dan Di Manakah Kita?

November 1, 2014

IMG-20141101-WA0000Tanta, 1 November : Kedatangan Muharram merupakan perkara yang signifikan bagi seluruh umat Islam. Banyak persoalan yang seringkali bermain difikiran apabila tibanya Muharram.

Sehubungan itu, akhawat ISMA Mesir syukbah Tanta telah mengadakan Usrah umum yang bertajuk “Muharram, ke mana dan di mana kita?” di Beyt Amni, Awal Syober. Usrah kali ini membincangkan pemuda tentang ciri-ciri pemuda Islam dan praktikal untuk merealisasikannnya dengan kehadiran seramai 19 orang akhawat.

“Muharram merupakan detik penghijrahan umat Islam pada zaman Rasulullah untuk selamatkan iman”, ujar pembentang usrah, Dr. Norhafizah Noorizani. Beliau merupakan pelajar tahun akhir Fakulti Pergigian, Universiti Tanta.

“Ke mana” merujuk kepada arah mana penghijrahan yang perlu kita lakukan mengikut konteks sekarang. Ia bukan terhad kepada berpindah randah sahaja bahkan satu seruan untuk menjadi pemuda yang menegakkan Islam serta melawan kebatilan.

“Di mana” pula merujuk kepada bagaimana status perubahan dan di mana saluran perubahan kita. Islam telah menyarankan kita untuk berubah agar mampu mempersiapkan akal dan jiwa utk sentiasa bersedia tatkala seruan jihad dilaungkan.

ISMA Mesir menyeru seluruh mahasiswa untuk menjadikan azam tahun 1436 hijriah sebagai titik tolak istiqamah menjadi pemuda yang lebih baik. Pemuda adalah harapan bangsa dimasa hadapan untuk mencapai Khilafah Islamiyah.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini

MUIS Mesir Anjurkan Kelas Pengajian Fiqh Syafie

MUIS Mesir Anjurkan Kelas Pengajian Fiqh Syafie

Tanpa syak lagi, ilmu merupakan asas penting dalam kehidupan seorang muslim. Dengannya, seseorang dapat mengenali jalan yang benar serta mengetahui bagaimana sesuatu amalan itu dilaksanakan bertepatan dengan tuntutan syariat. Cukuplah…
Baca Lagi