
MADINAT NASR, 24 Ogos – Pada Jumaat yang lepas, ISMA Mesir Syukbah Madinat Nasr telah mengadakan Summer Sports Challenge. Program tersebut merupakan satu pertandingan antara ahli-ahli ISMA dalam menunjukkan menguji bakat dan kemahiran mereka dalam acara sukan.
Menurut pengarah program, Ust Firdaus bin Fakri, seorang Muslim baik itu ialah mereka yang kuat dari segi rohani, fizikal dan mental. Tidak cukup untuk seseorang itu hanya sekadar kuat dari segi rohani, tetapi lemah dan tidak mampu untuk bersaing dari segi fizikal. Tambahnya lagi, program Summer Sports Challeng ini adalah antara usaha untuk memastikan ahli ISMA seimbang dari segi rohani dan jasmani.
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan seterusnya pertandingan bola baling serta futsal. Peserta sebelum itu sudah dibahagi kepada kumpulan-kumpulan untuk mereka bersaing sesama mereka. Majlis ditutup dengan acara penyampaian hadiah kepada yang bertuah serta acara bergambar.
Program yang berlangsung di Nadi Syabab ini merupakan antara salah satu program menarik yang telah disusun oleh ISMA Mesir dalam tempoh cuti musim panas ini.