Blog Isma Mesir

Rumah Ahli ISMA-Mesir dipecah masuk.

August 23, 2014

Madinah Nasr, 23 OGOS : Satu lagi kes pecah rumah telah berlaku di kawasan Toob Ramli, Hayyu Asyir pagi tadi. Kejadian berlaku sekitar 8:30 pagi – 9:00 pagi ketika semua ahli rumah tersebut sedang  tidur.

Salah seorang mangsa yang juga Ahli ISMA-Mesir melaporkan bahawa, telah berlaku 3 siri pecah rumah di sekitar kawasan Toob Ramli dan walidain sebelum  rumah mereka dipecah masuk. Para mangsa terpaksa menanggung kerugian sekitar 10,000 le termasuk beberapa buah komputer riba,  telefon bimbit dan kad bank.

Para mangsa hanya menyedari kejadian tersebut berlaku setelah seorang rakan yang ingin bertandang merasa hairan melihat pintu rumah mangsa terbuka luas.

ISMA-Mesir menyeru kepada semua mahasiswa agar lebih berhati-hati dan mengambil langkah berjaga- jaga yang lebih agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini