
Madinat Nasr, 16 Ogos : Sebuah rehlah yang bertemakan 3T 1M telah dianjurkan dengan jayanya oleh Ikatan Muslimin Malaysia ( ISMA-Mesir) bersama ahlinya. 3T iaitu tsaqafah (pengetahuan), tahammul (bertolak ansur), tanasuh(memberi nasihat) dan 1M mubadarah(berlumba-lumba untuk membuat kebaikan) menjadi agenda utama dalam rehlah ini.

Perjalanan mahasiswi kali ini dipenuhi dengan kembara masjid-masjid peninggalan sultan terdahulu dan maqam-maqam para sahabat, tabiin dan juga auliya’. Antara masjid yang disinggahi ialah masjid Ahmad Ibnu Thulun, masjid kedua tertua di Mesir, masjid Imam Syafie di mana terletaknya maqam beliau, masjid Imam Ar-Rifaie, masjid Sultan Hassan atau lebih dikenali dengan masjid empat mazhab kerana terdapat ruangan untuk pengajian empat mazhab dan akhirnya masjid Amru Al-asr yang dikatakan masjid tertua di Mesir yang terletak di Fustat, bandar tertua di Mesir.

Rehlah ini diakhiri dengan akviti istimewa di perairan sungai Nil. Mahasiswi direhatkan dengan pelbagai aktiviti menarik di atas bot dan setiap jiwa mahasiswi dibekalkan dengan beberapa nasihat sebelum pulang yang diberikan oleh pasangan masing-masing.
Wartawan : Hidayah Khalis