Blog Isma Mesir

A & W Membina Peribadi

August 11, 2014

10606103_591510484299989_863082328582783245_n

MADINAT NASR, 11 Ogos : Mahasiswi Ikatan muslimin Malaysia Mesir ( ISMA-Mesir) Syukbah Madinat Nasr bersedia mengorak satu langkah maju ke hadapan setelah menjalani program A & W (Akhawat Wibawa) semalam, 10 Ogos .

Program ini dilaksanakan khusus untuk mengasah nilai proaktif dan responsif mahasiswi dalam setiap lapangan hidup seperti ketika di kuliah mahupun di rumah. Sikap ini membolehkan seorang mahasiswi melaksanakan perancangan hidup yang disusun dengan teliti bagi menghasilkan manfaat yang besar untuk umat yang semakin tenat.

Dr. Siti Sarah Amran, ahli panel pertama membahagikan kewibawaan itu kepada kewibawaan zahir dan kewibawaan batin. Beliau menekankan kepada mahasiswi agar meraih kedua-duanya sekali. Berkesinambungan dengan itu, sebuah suasana ilmiah perlu dibentuk demi menjaga sebuah peribadi yang berwibawa.

10606103_591510487633322_4874078510874178024_n

Fahami sesebuah peranan, zahirkannya dan seterusnya menjadi tauladan kepada rakan taulan pula merupakan seruan Ustazah Khairah Abdul Halim, ahli panel kedua kepada semua mahasiswi yang hadir. Beliau juga menegaskan dalam memastikan mahasiswi menjadi seorang yang berwibawa, ciri-ciri seorang muslimah seperti lazimi tilawah al-quran, solat di awal waktu, bersederhana dalam segala aspek dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap tanggungjawab mestilah terpamer pada setiap individu.

Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa perlu bersama menyahut seruan untuk menjadi insan yang berkualiti sesuai dengan ucapan Ustazah Fadhlin Sakinah Mohd Hussaini, Ketua Wanita ISMA Mesir pada sesi resolusi. Seusai ucapan beliau, majlis diakhiri solat asar berjemaah dan bersurai.

Wartawan: Hidayah Khalis

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini