Blog Isma Mesir

Kem Utaqa : Menjadi Jiwa Rabbani

July 27, 2014

3

 

MADINAH NASR, 26 Julai :

” من قام رمضان إيمانا واحتسابا، غفر له ما تقدم من ذنبه ”

Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan peengharapan, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu.

Sempena 10 malam terakhir Ramadhan, mahasiswi Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) telah menjalani Kem Utaqa yang bertempat di Masjid Bilal Bin Rabah.

1o

Kem yang diadakan selama lima malam ini bertujuan menghidupkan malam 10 terakhir Ramadhan dengan keimanan dan kesungguhan dari setiap jiwa bagi menepati hadis Rasulullah. Kem ini dipenuhi dengan i’tikaf, tazkirah, pengenalan tokoh-tokoh dan rehlah masyi .

21

Para mahasiswi diingatkan oleh saudari Fadhlin Sakinah binti Hussaini, Ketua Wanita ISMA Mesir dalam tazkirahnya yang bertajuk  ‘ Ibrah Badar Kubra ‘ agar menghayati peristiwa Perang Badar dan berusaha untuk menananam jiwa ahli Badar dalam diri masing-masing. Selain itu beliau juga menekankan pengajaran-pengajaran yang penting daripada peristiwa Perang Badar.

4

Sebagai kemuncak, para peserta berjalan kaki sejauh 5 km untuk merasai dan menjiwai peristiwa Perang Badar. Buah kurma turut diedarkan kepada penduduk sekitar. Kem ini berakhir di Masjid Salam, Hayyu Asyir dengan tazkirah.

Wartawan: Hidayah Khalis

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini