Blog Isma Mesir

Takziah Kepada Ahli keluarga Ustaz Fahmi bin Abdul Rashid

June 25, 2014

image
24 Jun :Seluruh warga ISMA-Mesir mengucapkan takziah buat keluarga dan isteri arwah ustaz Fahmi bin Abdul Rashid yang kembali ke rahmatullah pada 2hari lepas.

Arwah yang merupakan penasihat PMRAM Cawangan Pahang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan,Pahang.Arwah juga meninggalkan seorang isteri iaitu Ustazah Siti Fathiyah bt Mohd Razi.

“Saya mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah Ustaz Fahmi bin Abd Rashid diatas pemergiannya.Saya dan seluruh warga ISMA-Mesir terkilan dan sedih mendengar berita ini.
Semoga allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya ke atas ruhnya dan menempatkannya bersama para solihin.Semoga keluarga arwah tabah dan sabar dalam menghadapi musibah ini.”-ujar Ustaz Nik Rafie selaku Pengerusi ISMA-Mesir.

(Iaitu) orang yang apabila ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kami kembali. Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk. (Al-Baqarah: 156-157)

 

 

Semoga seluruh keluarga arwah dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian dan musibah ini. ISMA-Mesir mendoakan agar arwah ditempatkan bersama golongan-golongan yang bertaqwa dan yang beramal soleh.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini