
(Wartawan: Nor Afiqa Roslan)
ISKANDARIAH, 10 Jun : ISMA MESIR telah menyampaikan sumbangan bernilai LE 17 ribu hasil kutipan daripada tabung infaq yang telah berlangsung selama 5 hari kepada wakil ibu bapa pelajar mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya selasa lepas melibatkan 6 orang mahasiswi jurusan pergigian Iskandariah.
Misi kutipan yang telah dilancarkan oleh ISMA Mesir pada 8 Jun lalu telah mensasarkan LE 3ribu dalam tempoh 24jam.Namun atas komited ahli dan orang awam, dalam tempoh 24jam kutipan dana telah melepasi sasaran.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Nik Muhammad Rafie Bin Nik Zainal Alam selaku Pengerusi ISMA Mesir semalam di Hospital Miri di samping melawat salah seorang mangsa yang masih berada di ICU, Ummi Nadiah Filzah bt Daud.
Keadaan mangsa semakin baik dan menunjukkan peningkatan. Turut terlibat 2 aktivis ISMA Mesir saudari Fatin Inani bte Mohd Noh,tahun 3 pergigian dan saudari Siti Shahirah bte Abdul Jalil, tahun 3 pergigian.
Saudari Siti Shahirah semalam selamat menjalani pembedahan dibahagian rahang. Manakala saudari Fatin Inani sudah dibenarkan pulang namun masih perlukan bantuan bagi sebarang pergerakan.
Kesempatan ini diambil untuk memberikan kata-kata semangat kepada keluarga mangsa agar terus tabah, sabar dan berdoa agar Ummi Nadiah dan kawan-kawannya yang terlibat dalam nahas tersebut dapat kembali sihat menyambung pelajaran mereka.
“Sesungguhnya, besarnya balasan sesuai dengan besarnya musibah. Dan sesungguhnya jika Allah mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji dengan pelbagai musibah. Barang siapa yang redha, maka dia akan diredhai oleh Allah. Dan barang siapa yang tidak menerima (atas musibah tersebut), maka dia akan dimurkai Allah.” (H.R. Turmudzi, dia berkata: Hadis Hasan)