Blog Isma Mesir

Takziah kepada Mahasiswi Pergigian Iskandariah

June 4, 2014

10336787_10152894115147977_7941024996908728176_n

Wartawan: Kautsar Mohd Zahari

ISKANDARIAH, 3 Jun: Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Iskandariah mengucapkan takziah kepada enam orang mahasiswi Jurusan Pergigian Universiti Iskandariah yang telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalanraya petang tadi. Kemalangan dikatakan berlaku ketika dalam perjalananan ke Lapangan Terbang Borg El-Arab.Kenderaan yang dinaiki seramai lapan orang termasuk pemandu dan pengiring, telah melanggar pembahagi jalan dalam usaha untuk mengelak pelanggaran dengan sebuah lori.

Mahasiswi–mahasiswi yang terlibat adalah Siti Shahirah Binti Abdul Jalil, Najihah Najwa Binti Zulkifli, Fatin Inani Binti Mohd Noh, Siti Nurul Aisyah Binti Zahari, Nuraddina Binti Khairunaha dan Ummi Nadiah Filzah Binti Daud.

Dua daripada mangsa merupakan aktivis ISMA-Mesir, iaitu saudari Siti Shahirah dan saudari Fatin Inani.

Keadaan kenam-enam mangsa kini, dimaklumkan dalam keadaan sedar dan stabil.

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Al-Baqarah: Ayat 155-156 )

Dengan ini, warga ISMA-Mesir mendoakan agar semua mangsa berada dalam keadaan selamat dan sabar atas musibah yang menimpa mereka. Sesungguhnya, setiap musibah yang melanda merupakan tanda bahawa Allah masih sayang akan hambaNya dan untuk menguji tahap keimanan mereka. Dan setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini