Blog Isma Mesir

Ijtima’ Syahri: Integriti Mahasiswa Kini

May 21, 2014

Wartawan: Kautsar Mohd Zahari

Presentation1ISKANDARIAH, 16 Mei: Mahasiswi Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) cawangan Iskandariah telah menganjurkan ijtima’ syahrie iaitu perkumpulan bulanan buat ahli-ahli ISMA. Perkumpulan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan malah mengukuhkan lagi ikatan ukhuwwah yang terbina atas ‘aqidah yang sama.

Ijtima’ dimulakan dengan alunan ayat-ayat al-Quran oleh saudari Nor Jannah binti Nor Khalid. Perkumpulan ini yang disertai seramai 17 orang telah dimeriahkan lagi dengan dialog ilmiah yang bertajuk “Integriti Mahasiswa Pada Masa Kini Semakin Pudar”.

Integriti yang dimaksudkan di sini adalah jati diri dalam diri setiap mahasiswa saban hari semakin pudar dan ini membimbangkan kerana mahasiswa merupakan tonggak negara yang akan memegang tampuk pemerintahan negara kelak. Generasi yang berkualiti dari segi ilmiah mahupun peribadi yang berkepimpinan perlu digarap untuk mencapai pembangunan negara ke arah negara rujukan dunia.

Hedonisme adalah salah satu faktor yang memudarkan jati diri anak bangsa kita. Hiburan secara berlebihan akan memberi impak kepada pemikiran anak muda kita dan menyebabkan sikap acuh tak acuh terhadap negara tanah tumpah darah kita. Oleh itu, tindakan perlu diambil dengan menerapkan didikan dalam diri sendiri agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir jahiliyyah.

Ijtima’ ini diadakan di Sporting bermula pada jam 5 petang dan majlis bersurai pada jam 7.30 petang.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini