Blog Isma Mesir

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-2, ISMA Mesir Terus Melangkah Kehadapan

April 5, 2014

IMG_9684

ABASIYYAH, 5 April : Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir telah berjaya melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunan kali kedua semalam pada 4 April. Mesyuarat yang berlangsung di Dewan Malaysia Abasiyah Kaherah itu dilaksanakan bagi memuhasabah kembali perjalanan ISMA Mesir bagi sesi 2013/2014 dan merancang gerak kerja bagi sesi 2014/2015.

Ustaz Qamarul Naim Bin Mohd Faizal, Pengerusi ISMA Mesir sesi 2013/2014, ketika membentangkan amanatnya menyatakan bahawa ISMA Mesir bukan sahaja akan melangkah selangkah ke depan, malah akan melangkah beberapa langkah kehadapan.

Mesyuarat Agung Tahunan kali ini dihadiri oleh 200 orang perwakilan dan pemerhati.

ISMA Mesir yang ditubuhkan pada tahun 2008 telah bergerak secara aktif dalam menggerakkan aktivitisma dalam kalangan mahasiswa Malaysia di Mesir. Dengan ahli yang terdiri daripada pelbagai jurusan pendididkan, ISMA Mesir terus maju dalam membentuk beberapa agensi yang bernaung di bawah ISMA Mesir antaranya ialah Ikatan Pengamal Perubatan Islam (i-Medik), Majlis Ulama ISMA (MUIS) dan Rakan ISMA. Sehingga kini, ISMA Mesir telah membuka 7 cawangan di seluruh Mesir.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini