Blog Isma Mesir

Azhar tunda lagi

March 6, 2014

azhar+gambar

Kaherah, 5 Mac – Universiti Al-Azhar telah menundakan lagi sesi pembelajaran daripada 8

Mac kepada 15 Mac berikutan kerja-kerja membaik pulih masih dijalankan dan tidak selesai

sepenuhnya.Perkara itu telahpun disahkan pihak EME malam semalam.

Tambahan lagi, peperiksaan bagi tahun dua dan empat perubatan (banat) turut ditunda manakala

bagi tahun lima (banat) tidak.

Termasuk kali ini, sudah 4 kali sesi pembelajaran ditunda membuatkan para mahasiswa dan

mahasiswi Malaysia takut untuk mendepani semester yang seterusnya yang dijangka akan

disusun dengan padat serta mungkin mengalami ketidakberkesanan pembelajaran.

Sehubungan dengan itu, ISMA-Mesir menyaran agar para mahasiswa dan mahasiswi

memanfaatkan cuti dengan mengulangkaji pelajaran untuk semester seterusnya dan melakukan

aktiviti-aktiviti berfaedah.

“Bersama Membangun Mahasiswa Beragenda”

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini