
MADINAT NASR, 16 Februari: “Pendidikan ini haruslah dilakukan dengan manhajiyah iaitu kaedah membentuk bukan sembarangan tetapi secara bersistem,” demikian penjelasan Ust Qamarul Naim Mohd Faizal ketika menerangkan tentang tarbiyah semasa sesi majlis penutup.
Metodologi perubahan dalam ISMA adalah perubahan secara total bermula daripada perubahan individu. Para murabbi perlu mempunyai halatuju yang jelas.
Selaras dengan seruan ISMA Mesir iaitu seruan kepada kualiti pemimpin masa depan, ISMA Mesir telah mengadakan Kem Pendidik yang disertai oleh mahasiswa mahasiswi dari seluruh Mesir. program yang bertempat di dewan DAHA, Mutsalas bertujuan melahirkan pendidik yang mempunyai fikrah yang jelas terhadap asas tarbiyah.
Program ini telah berjalan selama 2 hari dan pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan seperti latihan dalam kumpulan dan ‘explore race’.