Blog Isma Mesir

Ataa’ Relief Terima USD 10, 000 Bantu Syria

February 6, 2014

image

ISTANBUL, 6 Februari : ISMA Mesir telah menyampaikan sumbangan bernilai USD 10,320 hasil kutipan daripada mahasiswa mahasiswi di Mesir kepada Aamir Albu Salamah, wakil ahli jawatankuasa pertubuhan Ataa’ Relief pada 2 Februari yang lalu dan akan diserahkan kepada rakyat Syria yang ditindas oleh rejim Basha melalui pertubuhan tersebut.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim selaku Timbalan Pengerusi ISMA Mesir dan diiringi oleh saudara Kamil Kamaruddin yang merupakan pengarah projek ‘Winter Aid For Syrian Refugees’. Majlis ini telah berlangsung di Masjid Mehmet Al-Fatih, Istanbul.

Menurut Aamir, isu Syria merupakan isu bersama umat Islam kerana menolong saudaranya yang sedang dizalimi adalah wajib. Tambah beliau, 3 perkara yang dituntut kepada umat dalam mendepani isu Syria. Yang pertama ialah doa dan ia adalah senjata orang mukmin. Seterusnya, menyampai dan memahamkan masyarakat terhadap situasi sebenar yang berlaku di Syria. Dan yang terakhir, mewajibkan setiap individu untuk menolong rakyat Syria apa yang termampu.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas melalui saluran I-Medik dan insyaAllah misi sumbangan untuk rakyat Syria ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang”, ujar Ahmad Fahmi Bin Abdullah, pengerusi I-Medik Mesir ketika ditemuramah dekat sini semalam.

Seramai 90 orang mahasiswa mesir telah menghadiri majlis tersebut. Majlis kemudiannya ditutup dengan sesi bergambar.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini