
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat ahli ISMA Mesir yang telah berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan masing-masing dengan sekalung ijazah daripada universiti-universiti di sekitar bumi Mesir. ISMA Mesir juga mengucapkan selamat berkhidmat di bumi Malaysia dan semoga menjadi pemacu kemajuan negara tercinta. Nama-nama graduan ISMA Mesir adalah yang berikut mengikut jurusan akademik di fakulti universiti masing-masing :
Fakulti Syariah Islamiyyah Universiti Al-Azhar :
Fakulti Ulum Islamiyah Universiti Al-Azhar:
Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar :
Fakulti Perubatan Universiti Iskandariah :
Fakulti Perubatan dan Pergigian Universiti Mansourah :
Maahad Qiraat lil Banat Mansourah:
Ucapan tahniah khusus buat Ustaz Syed Ahmad Israa’ Bin Syed Ibrahim yang juga merupakan Timbalan Pengerusi ISMA Mesir kerana berjaya mencapai gred Jayyid Jiddan Ma’a Martabat As-Sharaf ( Gred Amat Baik dengan Kepujian Tertinggi) selepas empat tahun menuntut di Fakulti Syariah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar, Kaherah. Beliau yang berasal dari Kota Damansara ini kini sudah mendirikan rumah tangga dan telah dikurniakan seorang cahaya mata.
Keistimewaan sebenar graduan islam terletak pada risalah dakwah islamiah yang digenggam yang diharapkan menjadi paksi pembaikpulihan akidah masyarakat di tanah air nanti. Segala ilmu dan pengalaman yang mengajar dalam aspek akademik, tarbiah, mahupun dakwah yang sempat digarap di bumi anbia’ ini menjadi amanah dalam mengotakan cita-cita tersebut. Di samping itu, kepakaran para graduan dalam bidang masing-masing juga penting dalam pembangunan umat Islam di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Justeru, dengan pulangnya sebahagian kecil daripada generasi harapan ummah ini ke tanah air diharapkan akan membawa arus baru dalam corak pemikiran rakyat Malaysia beragendakan tuntutan agama Islam lantas membentuk jati diri muslim demi membangunkan negara tercinta berlandaskan tuntutan tersebut.
Wartawan : SyafiqWan Hazmy