Blog Isma Mesir

AGM Cawangan Iskandariah Berlangsung Buat Julung Kalinya

December 4, 2013

wartawan: Shazwan Shukri

Rabu,17 April: ISMA-Iskandariah julung kalinya telah mengadakan AGM dengan berjayanya. AGM yang pertama itu turut dihadiri Ustaz Nik Rafiei sebagai wakil ISMA-Mesir. Dalam ucapan beliau, “ ISMA- Iskandariah merupakan satu badan dakwah yang penting dalam memupuk dan menerapkan unsur Islam dalam diri setiap pelajar di Iskandariah” .Tegas beliau lagi, ahli ISMA-Iskandariah harus ikhlas dalam menjalankan tugas-tugas dakwah.

Mesyuarat dihadiri oleh Majlis Tertinggi ISMA-Iskandariah, semua ketua unit dan 15 ahli ISMA-Iskandariah. Dalam ucapan penggulungan oleh Ketua Kawasan ISMA-Iskandariah, Basyir Kamaruzaman beliau menegaskan bahawa ahli ISMA-Iskandariah perlu lebih proaktif dalam aktiviti persatuan disebabkan tenaga kerja yang sedikit dan masalah yang muncul haruslah ditanggani bersama.

ISMA-Iskandariah merupakan salah satu badan dakwah di Iskandariah dan merupakan satu badan dakwah yang aktif dalam mempromosi Islam selaras dengan seruan ISMA-Mesir untuk menanam unsur kualiti, berwawasan, perpaduan dan keterbukaan dalam diri setiap pelajar di Iskandariah secara khusus dan di Mesir secara umumnya.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini