Blog Isma Mesir

Tahniah Buat Pasangan Mempelai Meor Muhamad Azim dan Norhafizah

April 13, 2013

Wartawan: Nur Shaymak Abdullah

KAHERAH, 12 April: Warga ISMA-Mesir mengucapkan tahniah dan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang telah mempersatukan saudara Meor Muhamad Azim Meor Aznam, 23 dan saudari Norhafizah Noorizani, 21. Pasangan mempelai dari Tanta ini telah selamat diijabkabul pada petang Khamis, 11 April 2013 bersamaan 1 Jamadil Akhir 1434H.

Majlis yang bertempat di Masjid Salam, Hayyu Asyir, Kaherah ini turut dimeriahkan dengan kehadiran kedua ibu bapa pasangan,  En. Muhamad Zikril Azan Abdullah, PPL Kaherah, JPA, Koordinator pelajar Pergigian Universiti Tanta, dan sahabat handai dari Kaherah, Mansura, Tanta dan Iskandariah.

Semoga rumahtangga muslim ini sentiasa diberkati Allah SWT dan mampu menjadi contoh tauladan dalam segenap jurusan kehidupan kepada masyarakat.

 

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini